Penduduk yang terlibat dalam arahan mengosongkan kediaman mereka akibat runtuhan tanah dekat Taman Halaman, Ampang semalam, akan diberi penjelasan mengenai langkah baik pulih kawasan itu pada Selasa depan.<br /><br />Ahli Dewan Undangan Negeri Ampang Haniza Mohamed Talha berkata, Majlis Perbandaran Ampang Jaya mengetuai proses itu dalam memaklumkan status keselamatan kawasan tanah terbabit.<br /><br />Setakat ini pihaknya sedang mendapatkan kerjasama daripada pihak berkuasa negeri dan pusat dalam usaha menangani masalah runtuhan tanah dan baik pulih kawasan cerun.